Hanya sokongan, usaha gigih dapat bantu anak dari segi pembelajaran.
APABILA anak anda masih gagal menulis namanya
sendiri walaupun sudah berusia tujuh tahun, jangan cepat mengatakan dia
bodoh atau lembam. Pernahkah anda terfikir bahawa anak anda mungkin
berhadapan dengan masalah disleksia? Apatah lagi jika dia sukar
memahami, mengingati atau mematuhi arahan dan tidak faham konsep masa
seperti semalam, hari ini atau esok.
Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual
kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan
huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan
menyebabkan mereka gagal untuk belajar.
Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan
otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai
sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan
pada struktur otak.
Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah
Amirin, berkata disleksia adalah disebabkan perbezaan otak memproses
tulisan dan pertuturan.
Beliau berkata, tiada statistik mengenai disleksia
di Malaysia namun dianggarkan antara empat hingga lapan peratus
kanak-kanak pada usia persekolahan berhadapan dengan disleksia manakala
kanak-kanak lelaki lebih cenderung berhadapan dengan masalah itu
berbanding kanak-kanak perempuan.
“Kanak-kanak disleksia bukan kanak-kanak lembam
atau bodoh, mereka cuma kurang kemampuan dari segi pembelajaran. Namun,
itu tidak bermakna mereka akan gagal dalam hidup. Mereka masih boleh
belajar dan diajar dengan formula tertentu,” katanya.
Bagi membela nasib kanak-kanak disleksia, Persatuan
Disleksia Malaysia memiliki tiga pusat pembelajaran khas untuk golongan
ini. Bertempat di Ampang, Subang dan Titiwangsa, pusat ini melatih
kanak-kanak selama tiga bulan atau paling lama enam bulan sebelum mereka
kembali semula ke alam persekolahan.
“Disleksia adalah masalah seumur hidup.
Ia bukanlah masalah jika mereka diberi peluang untuk belajar. Ada
kanak-kanak disleksia yang berjaya hingga ke peringkat universiti,”
katanya.
Dari sudut perubatan, disleksia dikaitkan dengan
faktor genetik, namun tahap masalah pembelajaran bagi setiap kanak-kanak
itu tidak sama. Ada penyelidik percaya komplikasi ketika hamil atau
ketika melahirkan bayi menyebabkan sedikit kerosakan pada otak. Umumnya,
kanak-kanak ini berhadapan dengan kesukaran belajar membaca dan
mengeja. Otak mereka juga kurang berupaya menterjemah imej yang diterima
daripada mata atau bunyi yang didengar telinga kepada bahasa yang
difahami apabila dituturkan.
Biasanya kanak-kanak disleksia boleh mengeja dengan betul tetapi kedudukan perkataan itu tunggang terbalik atau tertinggal huruf vokal.
Misalnya perkataan tiap-tiap ditulis sebagai tipa-tipa. Apabila guru
menyebut 13, kanak-kanak disleksia akan menulis 31. Jika guru meminta
mereka mengeja perkataan diam mereka menulis d i y a m, kalau disebut di
– am, barulah ditulis diam.
Sariah berkata, disleksia kerap dikesan pada umur
persekolahan. Selalunya ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri kecewa
kerana gagal belajar membaca dan menulis dengan baik sehingga membawa
kepada masalah kemurungan dan rendah diri. Kegagalan itu menyebabkan
mereka mula bermasalah bukan saja di sekolah tetapi di rumah. Apatah
lagi jika ibu bapa atau guru tidak menyedari kanak-kanak terbabit
sebenarnya berhadapan dengan disleksia.
Selain itu, ada kanak-kanak disleksia yang terjejas
dari segi visual, misalnya gagal menulis huruf, nombor dan simbol dalam
susunan yang betul. Dari segi pendengaran, mungkin ada yang sukar
membezakan huruf atau kumpulan huruf manakala ada juga yang tidak boleh
memegang atau mengawal pensil di genggaman menyebabkan mereka sukar
menulis dengan betul.
Disleksia boleh terjadi pada peringkat yang sangat lemah (mild), sederhana atau teruk. Namun, perlu diketahui tiada ubat untuk menyembuhkan disleksia melainkan kesabaran dalam mengajar mereka, memberi mereka sokongan dan bantuan sedaya upaya.
Ciri-ciri kanak-kanak disleksia: Kanak-kanak pra sekolah
Lambat bercakap
Sukar membunyikan perkataan atau rima
Bermasalah dalam menulis nama sendiri
Sukar mempelajari perbezaan bentuk atau warna
Kurang upaya bercerita semula mengenai sesuatu kejadianKanak-kanak yang bersekolah
Gagal membuat kerja sekolah, membaca, menulis dan mengira
Tidak suka membaca buku atau mengelak untuk membaca dengan kuat dalam kelas
Cenderung menulis terbalik, misalnya 15 menjadi 51, perkataan tiap-tiap menjadi tipa-tipa
Kurang koordinasi misalnya sukar memakai tali kasut
Keliru dengan konsep masa, semalam, hari ini, esok
Sukar memahami, mengingati atau mematuhi arahan
Cenderung hilang peralatan sekolah.
Lambat bercakap
Sukar membunyikan perkataan atau rima
Bermasalah dalam menulis nama sendiri
Sukar mempelajari perbezaan bentuk atau warna
Kurang upaya bercerita semula mengenai sesuatu kejadianKanak-kanak yang bersekolah
Gagal membuat kerja sekolah, membaca, menulis dan mengira
Tidak suka membaca buku atau mengelak untuk membaca dengan kuat dalam kelas
Cenderung menulis terbalik, misalnya 15 menjadi 51, perkataan tiap-tiap menjadi tipa-tipa
Kurang koordinasi misalnya sukar memakai tali kasut
Keliru dengan konsep masa, semalam, hari ini, esok
Sukar memahami, mengingati atau mematuhi arahan
Cenderung hilang peralatan sekolah.
Jenis disleksia:
Disleksia trauma – jarang ditemui dan selalunya terjadi kerana trauma pada bahagian otak yang mengawal keupayaan membaca dan menulis.
Disleksia trauma – jarang ditemui dan selalunya terjadi kerana trauma pada bahagian otak yang mengawal keupayaan membaca dan menulis.
Disleksia permulaan – pesakit
disleksia jenis ini sukar membaca, mengeja atau menulis. Diwarisi secara
genetik dan lebih kerap ditemui pada kanak-kanak lelaki.
Disleksia sekunder – dipercayai berpunca pembentukan hormon ketika dalam kandungan.
Sumber: Berita Harian Online

Tiada yang mustahil. Kita pernah mendengar kejayaan pelajar yang menghidap disleksia menjadi orang yang berjaya. Hanya kesabaran guru dan juga ibu bapa mampu mengubah mereka.
BalasPadamDengan adanya kelas pemulihan dan pendidikan khas pasti ada sinar harapan untuk golongan ini.
alhamdulillah kerajaaan kita tidak pernah melupakan golongan yang berkeperluan khas ini untuk menimba ilmu seperti orang lain.berdasarkan pengalaman saya telah mengajar pendidikan khas selama dua tahun semasa dalam kontrak dahulu. kesedaran ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah meningkat setiap tahun. ini adalah satu perkembangabn yang sihat dalam membantu perkembangan pendidikan kanak-kanak kurang upaya..... NORAZMAWATIE BINTI MAT GHANI
BalasPadam