Shah Alam: Kira-kira 7,000 pelajar dari 100 sekolah menengah di
Selangor akan menikmati kemudahan tuisyen percuma dalam talian menerusi
program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M).
Tuisyen itu yang akan dimulakan dalam tempoh terdekat membabitkan pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ia inisiatif Yayasan Guru Malaysia Bhd (YGMB) yang memperluaskan
kemudahan tuisyen secara talian itu kepada pelajar sekolah menengah.
Pengetua atau penyelaras teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dari 100 sekolah terbabit hadir pada perasmian perluasan i-TR1M yang disempurnakan Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, di sini semalam.
Program i-TR1M dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jun lalu.
Keputusan lebih baik
Tuisyen itu yang akan dimulakan dalam tempoh terdekat membabitkan pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengetua atau penyelaras teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dari 100 sekolah terbabit hadir pada perasmian perluasan i-TR1M yang disempurnakan Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, di sini semalam.
Program i-TR1M dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jun lalu.
Keputusan lebih baik
Mohd Zin berkata, maklum balas terhadap i-TR1M di kawasannya,
menyaksikan peningkatan sistem pembelajaran dalam talian biarpun sewaktu
cuti umum, baru-baru ini.
Malah, di Sekolah Rendah Sungai Melut, pelajar Orang Asli
menunjukkan keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan bulanan selepas
menggunakan i-TR1M.
Melihatkan peningkatan ini, kami mengambil keputusan untuk
memperluaskan lagi program itu dan hari ini (semalam) fasa kedua I-TR1M
dilancarkan dengan menambah 100 lagi sekolah bagi mengikuti program ini,
katanya.
Manfaat pelajar miskin
Sementara itu, Pengarah Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGBM), Tan
Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata projek perintis berkenaan yang
dilaksanakan di Selangor, akan memberi manfaat kepada pelajar miskin
yang tidak mampu mendapatkan khidmat guru tuisyen swasta.
i-TR1M yang bermula pada 18 Jun lalu akan berakhir Oktober ini membabitkan 207 sekolah di negeri itu.
Program i-TR1M membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar
dari kalangan keluarga berpendapatan rendah selain membantu mereka
memanfaatkan bantuan Netbook 1Malaysia dan kemudahan ICT yang disediakan
kerajaan, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan