Bahasa adalah medium perhubungan. Kebolehan berbahasa adalah
kebolehan yang dikurniakan bagi manusia. Daripada bahasa lahirlah
pelbagai karya yang memberikan manfaat kepada manusia secara
keseluruhan.
Demikianlah juga penurunan al-Quran, yang melakukan satu pemaknaan semula dengan segala kaedah nahu dan susunan kalimahnya terhadap bahasa Arab itu sendiri. Perkara ini turut disentuh Prof Syed Naquib al-Attas yang mengemukakan pandangan bahawa pendakwah Islam yang datang ke Nusantara juga sudah secara cermat dan teliti memilih bahasa Melayu untuk mengembangkan agama Islam bukan bahasa Jawa kerana bahasa Jawa telah diwarnai dengan konsep dan falsafah Hindu-Buddha yang pekat. Faktor ini boleh menyebabkan kekeliruan terhadap ajaran Islam itu sendiri jika bahasa Jawa digunakan dalam usaha dakwah Islamiah di Nusantara.
Justeru, kita mendapati pengaruh Islam yang amat tebal dalam
bahasa Melayu. Bahasa Melayu menerima pakai banyak perkataan Arab yang
pada masa itu begitu sebati dengan nilai keislamannya. Begitulah
nilai dan fungsi bahasa dalam sesebuah peradaban. Ia adalah wahana
pembinaan akal dan budi, adab dan kepercayaan serta sistem nilai
sesebuah masyarakat.
Namun bagi satu kuasa penjajah sudah tentu penguasaan bahasa sesuatu bangsa adalah bagi tujuan menakluki dan menguasai. Penjajah tahu menerusi bahasa mereka mampu menguasai akal pemikiran dan seterusnya mampu untuk menakluki hati dan jiwa bangsa yang dijajahnya.
Menerusi bahasa juga nilai dan prinsip satu bangsa boleh diubah. Fungsi bahasa yang memainkan peranan dalam memberi makna kepada satu perkataan. Apabila makna berubah, maka nilai juga turut berubah. Sesuatu yang baik boleh menjadi buruk apabila makna berubah, baik dari sudut pengertian lateral mahupun konteks penggunaannya.
Maka pemeliharaan makna perlu diusahakan sebaik mungkin. Ia amat kritikal apabila berkaitan dengan aqidah dan prinsip asas agama. Perkataan seperti iblis, syaitan, Allah dan seumpamanya mempunyai konotasi dengan pemahaman dan nilai yang didukung sesebuah masyarakat.
Usaha audit bahasa yang dilakukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mendapat dokongan semua pihak. Ia satu usaha pemeliharaan bahasa dari sudut kegunaan, makna dan peraturannya, sekali gus adalah satu perjuangan bagi mempertahankan kemerdekaan negara.
Walaupun baru dimulakan, iaitu hanya di sebuah jabatan iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam, ia satu usaha yang mampu memberikan impak besar terhadap perjuangan memartabatkan bangsa dan agenda pengisian kemerdekaan.
Rasa kesal terbit apabila dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksana satu ketika dulu. Bukan saja bahasa Inggeris digunakan dalam P&P tetapi melarat ke mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah (JKKD) turut dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Rakan guru tanpa rasa segan memberikan pandangan dan mengemukakan buah fikiran dalam bahasa Inggeris. Perbuatan ini jelas menunjukkan rasa hilang hormat terhadap bahasa Melayu.
Demikianlah juga penurunan al-Quran, yang melakukan satu pemaknaan semula dengan segala kaedah nahu dan susunan kalimahnya terhadap bahasa Arab itu sendiri. Perkara ini turut disentuh Prof Syed Naquib al-Attas yang mengemukakan pandangan bahawa pendakwah Islam yang datang ke Nusantara juga sudah secara cermat dan teliti memilih bahasa Melayu untuk mengembangkan agama Islam bukan bahasa Jawa kerana bahasa Jawa telah diwarnai dengan konsep dan falsafah Hindu-Buddha yang pekat. Faktor ini boleh menyebabkan kekeliruan terhadap ajaran Islam itu sendiri jika bahasa Jawa digunakan dalam usaha dakwah Islamiah di Nusantara.
Namun bagi satu kuasa penjajah sudah tentu penguasaan bahasa sesuatu bangsa adalah bagi tujuan menakluki dan menguasai. Penjajah tahu menerusi bahasa mereka mampu menguasai akal pemikiran dan seterusnya mampu untuk menakluki hati dan jiwa bangsa yang dijajahnya.
Menerusi bahasa juga nilai dan prinsip satu bangsa boleh diubah. Fungsi bahasa yang memainkan peranan dalam memberi makna kepada satu perkataan. Apabila makna berubah, maka nilai juga turut berubah. Sesuatu yang baik boleh menjadi buruk apabila makna berubah, baik dari sudut pengertian lateral mahupun konteks penggunaannya.
Maka pemeliharaan makna perlu diusahakan sebaik mungkin. Ia amat kritikal apabila berkaitan dengan aqidah dan prinsip asas agama. Perkataan seperti iblis, syaitan, Allah dan seumpamanya mempunyai konotasi dengan pemahaman dan nilai yang didukung sesebuah masyarakat.
Usaha audit bahasa yang dilakukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mendapat dokongan semua pihak. Ia satu usaha pemeliharaan bahasa dari sudut kegunaan, makna dan peraturannya, sekali gus adalah satu perjuangan bagi mempertahankan kemerdekaan negara.
Walaupun baru dimulakan, iaitu hanya di sebuah jabatan iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam, ia satu usaha yang mampu memberikan impak besar terhadap perjuangan memartabatkan bangsa dan agenda pengisian kemerdekaan.
Rasa kesal terbit apabila dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksana satu ketika dulu. Bukan saja bahasa Inggeris digunakan dalam P&P tetapi melarat ke mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah (JKKD) turut dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Rakan guru tanpa rasa segan memberikan pandangan dan mengemukakan buah fikiran dalam bahasa Inggeris. Perbuatan ini jelas menunjukkan rasa hilang hormat terhadap bahasa Melayu.
Mungkin perkara ini (PPSMI) sudah berlalu tetapi
hati tertanya-tanya adakah kemungkinan mesyuarat rasmi kerajaan juga
turut berlaku perkara sama. Jika perkara sama wujud, ia menguatkan lagi
keperluan audit bahasa yang diusahakan DBP di jabatan kerajaan. Malah,
ia sepatutnya diperluaskan ke institusi pengajian tinggi (IPT),
khususnya IPT awam. Di sinilah terkumpulnya cerdik pandai Melayu yang
boleh dijadikan contoh bukan saja dalam kepakaran masing-masing tetapi
turut juga menjadi teladan dalam kemahiran berbahasa. Cerdik pandai
inilah yang memberikan makna dan seterusnya membina nilai dalam
masyarakat.
Jangan disalahertikan usaha sebegini dengan
melabelkannya dengan label anti-bahasa Inggeris dan yang lebih teruk
lagi antikemajuan. Walaupun sudah panjang perdebatan mengenai kemajuan
dan kaitannya dengan bahasa Inggeris (tidak semestinya berbahasa
Inggeris itu maju, dan maju tidak semestinya dengan berbahasa Inggeris),
masih ada pihak yang sinis dengan langkah audit bahasa seperti ini.
Seharusnya langkah penguasaan bahasa asing tidak terhad kepada bahasa
Inggeris saja. Ia sepatutnya diperluaskan lagi dengan niat untuk
menguasai ilmu dari segala bahasa yang wujud di dunia ini. Menerusi niat
itu kita mampu menjadi bangsa penyumbang dan keluar daripada kelompok
bangsa pengguna kerana kemuliaan itu berada pada tangan yang memberi
berbanding tangan menerima.
Sekali lagi ditegaskan, bahawa
penjajahan bahasa akan menyebabkan penjajahan akal dan jiwa.
Pemeliharaan makna yang selari dengan agama, budaya dan nilai hidup
adalah usaha pemeliharaan kemerdekaan akal dan jiwa. Ia adalah satu
jihad ilmu yang memerlukan sokongan segenap warga. Usah kita mencari
cela pelaksana kerana adat di dunia tiada yang sempurna. Hendaknya kita
berikhtiar menjayakannya agar kata ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ menjadi nyata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan