Murid banyak menghabiskan masa di
sekolah di sebelah siang hari berbanding bersama ibu bapa mereka. Oleh
itu secara tidak langsung, guru adalah pembimbing dan penjaga kepada
murid semasa mereka berada di sekolah. Maka peranan sebagai ibu bapa
kedua tidak boleh dinafikan oleh setiap insan yang bergelar guru. Semasa
di sekolah, murid perlu dijaga dari segi keselamatan mereka, ksihatan
dan pemakanan mereka. Sekolah telah menyediakan pelbagai prasarana untuk
kemudahan murid semasa mereka berada dalam kawasan sekolah, malahan
kawasan sekolah sentiasa diawasi oleh pegawai keselamatan yang sentiasa
bertugas. Bilik rawatan, kantin dan surau telah tersedia untuk murid
melakukan aktiviti yang berkenaan.
Hanya guru yang benar-benar
berdedikasi sahaja mampu menunaikan tanggung jawab ini dengan penuh
amanah dan bersungguh-sungguh. Berapa ramai antara guru menziarahi anak
didik mereka sekiranya sakit dan terlantar di rumah atau hospital?
Berapa ramai guru yang bertanyakan khabar sekiranya anak didik mereka
tidak hadir ke sekolah melebihi 2 atau 3 hari? Ada ketika murid mereka
sakit dan tidak hadir ke sekolah sehinggga melebihi 3 hari, guru
langsung tidak mengambil tahu atau bertanyakan khabar. Guru boleh
menghubungi ibu bapa dan bertanya mengapa anak mereka tidak hadir ke
sekolah, dan sekiranya sakit maka hadirlah ke rumah mereka untuk
menziarahi murid yang sakit. Kemana hilangnnya nilai keperibadian baik
yang sepatutnya ada dalam diri seseorang guru sehingga tidak perlu
mengambil tahu hal murid mereka?
Kita
banyak mendengar orang membandingkan guru dahulu dan guru sekarang.
Perkara inilah yang membezakan guru dahulu dengan guru sekarang, guru
dahulu menjalankan tugas sebagai ibu bapa kedua kepada murid dengan
penuh rasa tanggung jawab menyebabkan mereka sentiasa dihormati
sepanjang zaman. Bagaimana kita mahu murid menghormati kita sekiranya
kita tidak menghormati mereka?
Kita pernah mendengar ada orang
yang menyatakan mereka menjumpai amalan nilai Islam dalam kalangan
masyarakat bukan Islam. Masyarakat di Barat mengamalkan nilai-nilai
menghormati sesama sendiri dengan lebih baik berbanding masyarakat kita
(Islam). Guru mereka sangat menghormati anak didik dan membelai mereka
dengan penuh kasih sayang.
Oleh itu janganlah memaki hamun,
mencaci, mencela, memandang remeh anak didik kita walau pun mereka
masih kecil. Suatu ketika nanti mereka akan menjadi dewasa dan mungkin
menjadi seseorang yang terkenal. Sekiranya mereka tidak diajar untuk
menghormati kita, maka kita akan kecewa apabila masa tersebut tiba.
Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangan... masih ada guru di luar sana yang berjaya mendidik anak didik mereka dengan jiwa yang ikhlas. Saya percaya kita sebagai guru mempunyai hati yang ikhlas untuk mendidik anak murid kita dengan sepenuh hati.
BalasPadamBerkemungkinan bebanan kerja perkeranian menyebabkan guru terlepas pandang dengan tugas sebenar seprang guru.
cikgu selalu ibu bapa kedua benarlah dengan kata2 kat atas tuh
BalasPadam