PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang
holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan
terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar
kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan
pelajar berkenaan.
Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran
menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.
Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah
banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam
sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan
dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan
Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.
PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan
dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala
Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik.
Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan
instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.
Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.
Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat
sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran
berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap
dan personaliti murid.
PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat
tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal
secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid
supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki
| Hadith : |
| Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” Riwayat at-Tirmidzi |
| | |||
|
|